Himpunan tamat, Bersih kata ‘langkah pertama’ desak reformasi

Himpunan tamat, Bersih kata ‘langkah pertama’ desak reformasi

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata 'sesuatu mesti tidak kena' dengan kerajaan jika Bersih mula berhimpun.

Pengerusi Bersih Faisal Abdul Aziz, berkata pihaknya menuntut pelaksanaan reformasi 100% terutama melibatkan sistem pilihan raya dan institusi utama.
KUALA LUMPUR:
Bersih berkata tindakan berhimpun di luar bangunan Parlimen menjadi ‘langkah pertama’ dalam usaha mendesak kerajaan perpaduan melaksanakan reformasi.

Pengerusi Bersih Faisal Abdul Aziz, berkata pihaknya menuntut pelaksanaan reformasi 100%, terutama melibatkan sistem pilihan raya dan institusi utama.

“Kami menggesa kerajaan menyediakan garis masa dan hala tuju bagi pelaksanaan reformasi bagi manfaat rakyat.

“Kami juga mahu kerajaan berhenti mengamalkan pemberian melepas tanpa membebaskan kepada mana-mana ahli politik yang dituduh kerana rasuah dan salah guna dana,” katanya sambil menambah layanan dwi standard mesti ditolak.

“Bersih dan rakyat Malaysia masih menunggu alasan di sebalik mengapa (bekas perdana menteri) kes Najib Razak diutamakan berbanding ratusan lain yang memohon pengampunan diraja,” katanya ketika menghadiri himpunan Bersih.

Faisal turut menyerahkan memorandum mengandungi tuntutan Bersih kepada Ahli Parlimen Selayang William Leong, yang menerimanya bagi pihak kerajaan.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari, yang hadir untuk menerima memoramdum berkenaan, berkata “sesuatu mesti tidak kena” jika Bersih berhimpun menentang kerajaan perpaduan.

“Kita semua tahu Bersih pernah mempunyai hubungan baik dengan mereka yang ada dalam kerajaan sekarang (Pakatan Harapan), jadi keberadaan mereka di sini sekarang, sesuatu mesti tidak kena,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh berkata, gerakan “reformasi” tidak mati, sebaliknya “terus berjalan”.

“Ia tidak pernah mati, dan kami akan berterusan berusaha memastikan reformasi berjalan, terutama pemisahan peranan pendakwa raya dengan peguam negara,” katanya kepada pemberita.

Kira-kira 100 peserta hadir dalam himpunan Bersih hari ini, mula berkumpul di Plaza Tugu Negara sebelum berarak ke bangunan Parlimen, sekitar 8.30 pagi.

Peserta himpunan membawa plakad kuning seperti “Don’t get comfortable” dan “Kerajaan bersih dan adil”, sambil melaungkan “Tuntut Reformasi, Tolak DNAA, Rakyat Bangkit”.

Ahli Parlimen yang menyambut himpunan termasuk Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Gudang, dan Ahli Parlimen Sungai Petani Taufiq Johari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.