30 hektar hutan tanah gambut di Kuantan terbakar

30 hektar hutan tanah gambut di Kuantan terbakar

Bomba sudah berjaya memadam 20 hektar daripada kawasan berkenaan.

Kira-kira 30 hektar hutan jenis tanah gambut dilaporkan terbakar akibat cuaca panas di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura di Kuantan, Pahang. (Gambar Facebook)
KUANTAN:
Kira-kira 30 hektar hutan di kawasan Jabatan Pertanian Inderapura dilaporkan terbakar akibat cuaca panas.

Jurucakap bomba Pahang berkata pihaknya tiba di lokasi kebakaran pada 9.08 pagi tadi bagi menjalankan operasi pemadaman.

Operasi memadam kebakaran hutan jenis tanah gambut itu dijalankan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dengan bantuan dari balai Maran dan Peramu.

“Anggaran kawasan yang terbakar ialah 30 hektar dan setakat ini pihak bomba sudah berjaya memadam 20 hektar daripada kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Setakat 10 malam ini operasi masih berjalan bagi memadam 10 hektar lagi kawasan yang terbakar selain menyekat api daripada merebak ke kawasan lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.