Grab Malaysia, rakan kerjasama edar lebih 2,500 bubur lambuk

Grab Malaysia, rakan kerjasama edar lebih 2,500 bubur lambuk

Inisiatif itu adalah kerjasama dengan masjid tempatan dan hospital tiga negeri Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang sempena Ramadan.

Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara, Rashid Shukor mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai.
PETALING JAYA:
Grab Malaysia bersama komuniti rakan pemandu dan penghantar menyemarakkan sambutan Ramadan dengan mengedarkan lebih 2,500 bubur lambuk di tiga negeri Pantai Timur sepanjang minggu lalu.

Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara, Rashid Shukor, berkata inisiatif pengedaran bubur lambuk dilakukan di Terengganu, Kelantan dan Pahang dengan kerjasama masjid tempatan dan hospital adalah untuk mendekati masyarakat serta menceriakan silaturahim sempena Ramadan ini.

Antara lokasi pengedaran bubur lambuk adalah Masjid Saidina Othman Bukit Rangin, Kuantan; Masjid Abidin @ Masjid Puteh, Kuala Terengganu dan hospital serta Hospital USM Kelantan, Kota Bharu.

Rakan pemandu dan penghantar bergotong-royong memasak bubur lambuk sebelum diedarkan.

Rashid berkata, inisiatif itu merangkumi intipati sebenar Ramadan iaitu bergerak dalam persatuan komuniti yang saling menyokong antara satu sama lain.

“Sepanjang tempoh ini, kami bukan sahaja tabik hormat kepada rakan pemandu dan penghantar atas usaha dan dedikasi tanpa jemu tetapi turut merakamkan penghargaan kami kepada pengguna.

Jemaah Masjid Saidina Othman Bukit Rangin, Kuantan, menerima bubur lambuk daripada Grab.

“Setiap pesanan atau penghantaran mewakili langkah yang bermakna ke arah matlamat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Grab akan terus mencipta impak sosial yang positif dan memastikan tiada komuniti terpinggir,” katanya dalam kenyataan.

Kakitangan Hospital USM Kelantan, Kota Bharu ceria menerima bubur lambuk daripada Grab.

Beliau berkata, kolaborasi itu turut menyaksikan semua pihak terlibat saling membantu dalam menyediakan bubur lambuk dari memasak, pembungkusan sehingga selesai pengagihan.

“Kami amat berterima kasih kepada rakan Grab dan juga sukarelawan yang memainkan peranan penting dalam mendorong kejayaan berkongsi kegembiraan meraikan Ramadan dengan pengagihan bubur lambuk ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.