
Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mohamed Zahari Yahya, dalam kenyataan memaklumkan Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Nahas itu telah mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter HOM-AW139 dan Fennec.
“Tragedi tersebut berlaku semasa formasi penerbangan raptai lintas hormat di Pangkalan TLDM Lumut. Salam takziah buat waris dan ahli keluarga mereka yang terkorban,” menurut kenyataan itu.