Mangsa banjir Kota Tinggi kekal 300 orang

Mangsa banjir Kota Tinggi kekal 300 orang

Semua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.

Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi dilaporkan kekal 300 orang daripada 69 keluarga sehingga pagi tadi. (Gambar JBPM)
KOTA TINGGI:
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga, setakat 8 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Azmi Rohani, berkata semua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.

“PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang itu dibuka susulan hujan lebat berterusan melebihi tempoh dua jam, semalam,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata setakat ini, paras air di lima sungai utama di daerah ini masih berada pada tahap normal.

Sementara itu, Ketua Polis Kota Tinggi Hussin Zamora dalam satu kenyataan berasingan mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada dan mematuhi papan tanda amaran terutama di kawasan yang dinaiki air.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.