
Menurut kenyataan, ahli-ahli akan didedahkan kepada ideologi parti menerusi suatu Sekolah Muda.
Muda turut mengisytiharkan ia mendakap ideologi demokratik sosial.
“Sebelum ini, Muda melihat pendaftaran keahlian berasaskan jumlah sebagai pilihan terbaik tetapi kini ingin fokus kepada parti berasaskan pengkaderan,” katanya.
Pengumuman ini hasil pertemuan Pemangku Presiden Amira Aisya dengan kepimpinan negeri dan akar umbi Muda di beberapa negeri serta Sabah dan Sarawak, bagi mendengar usul untuk hala tuju parti, antara lain.
Penekanan pada pengkaderan menyusuli pembentukan jawatankuasa-jawatankuasa kecil berportfolio, yang diberi amanah untuk menjalankan tugas-tugas penstrukturan semula organisasi “untuk fasa rejuvenasi”.
Dengan pengumuman ini, Muda mengumumkan ia membuka portal keahlian kepada orang umum yang ingin menjadi ahli baru.
Didaftarkan pada 2021, Muda ditubuhkan oleh bekas ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebagai sebuah parti pelbagai kaum dan berpusatkan golongan muda.
Ketika ini, ia mempunyai dua wakil rakyat, iaitu Syed Saddiq yang merupakan Ahli Parlimen Muar, dan Amira yang merupakan Adun Puteri Wangsa.