
Salleh berkata beberapa strategi utama telah dibincangkan untuk mengukuhkan kehadiran parti itu di kalangan penduduk tempatan bagi memastikan kesiapsiagaannya berdepan pilihan raya.
“Fokus kami untuk mengenal pasti dan mendekati pengundi atas pagar serta memfokuskan kepada orang muda yang kritikal untuk mencapai sasaran,” katanya pada sesi taklimat kepada Umno Kota Belud di Kota Kinabalu.
Beliau turut menggesa ahli supaya bekerjasama sebagai pasukan padu untuk memastikan Kota Belud menjadi kubu kuat parti.
Salleh mewakili Usukan, iaitu salah satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Kota Belud.
Tiga lagi DUN adalah Tempasuk, Pintasan dan Kadamaian.
DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada Oktober tahun depan, diikuti PRN yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.