
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa dari empat daerah terlibat ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 29 PPS sebelumnya.
Kota Setar kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, 1,576 mangsa daripada 521 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS, diikuti daerah Pendang dengan 1,220 mangsa daripada 366 keluarga, di 10 PPS.
Satu PPS masing-masing di daerah Kubang Pasu dan Pokok Sena masih beroperasi yang menempatkan 82 mangsa (27 keluarga) dan 64 orang (25 keluarga).
Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hanya dua sungai iaitu Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar berada pada paras amaran.