Kerajaan Negeri Sembilan tak anjur sambutan Ambang Tahun Baharu

Kerajaan Negeri Sembilan tak anjur sambutan Ambang Tahun Baharu

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata ia susulan banjir yang menjejaskan tiga daerah dan negeri lain serta bagi mengelakkan pembaziran.

Aminuddin Harun
Menteri Besar Aminuddin Harun berkata keputusan itu juga bagi menghormati solidariti bersama Palestin sejak tahun lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan menganjurkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 susulan banjir yang menjejaskan tiga daerahnya dan negeri lain serta mengelakkan pembaziran.

Menteri Besar, Aminuddin Harun, berkata ia juga bagi menghormati solidariti bersama Palestin sejak tahun lalu.

“Kita tidak ada perancangan mengadakan sambutan berkenaan, tetapi terpulang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pihak swasta kerana kadang-kadang mereka terpaksa adakan untuk menarik kehadiran pelancong ataupun tetamu mereka.

“…kita insya Allah secara biasa adakan (bacaan yasin dan doa selamat) di masjid, surau serta tempat ibadat masing-masing,” katanya menurut Sinar Harian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Wang Ihsan Mangsa Banjir Kuala Pilah di Dewan Besar Dangi.

Seramai 106 ketua isi rumah (KIR) menerima wang tunai dan barangan keperluan harian.

Aminuddin berkata, kerajaan negeri akan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada lebih 700 KIR yang terjejas banjir baru-baru ini.

Mengenai saranan Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk mengadakan pemilihan parti segera bagi membolehkan proses peralihan kepimpinan, beliau berkata: “(Pemilihan) lama lagi. Kita ikut peraturan yang telah ditetapkan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR. Mungkin sebelum Jun.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.