68 mangsa banjir di PPS pertama Sarawak

68 mangsa banjir di PPS pertama Sarawak

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam berkata Kampung Sungai Bedaun di Samariang dinaiki air susulan hujan lebat petang semalam.

Sebanyak 14 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sungai Bedaun yang diaktifkan mulai 10.30 malam tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 68 mangsa banjir dari Kampung Sungai Bedaun, Samariang di Kuching dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

Empat belas keluarga itu ditempatkan di PPS Dewan Sungai Bedaun yang diaktifkan mulai 10.30 malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam berkata, kampung itu dinaiki air susulan hujan lebat petang semalam yang menjejaskan 12 rumah dihuni 14 keluarga.

“Daripada 68 mangsa yang dipindahkan, 33 adalah lelaki dan 35 wanita, termasuk 14 daripadanya kanak-kanak lelaki dan 14 kanak-kanak perempuan,” katanya menurut Harian Metro.

Setakat 9.30 pagi tadi, banjir sudah surut tetapi pemantauan diteruskan kerana hujan berterusan yang tidak lebat di sekitar Kuching.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.