
Joachim Gunsalam berkata PBS sudah beri komitmen untuk bersama GRS sejak hari pertama dan akan terus bersama gabungan itu.
“Biarpun tidak tahu apa akan berlaku pada masa depan namun, pada saat ini, komitmen PBS adalah bersama-sama dengan GRS,” katanya lapor Utusan Malaysia.
Menurut laporan itu, Naib Presiden Warisan Terrence Siambun dan Ketua Penerangan Warisan Azis Jamman menyatakan Warisan ingin bekerjasama dengan PBS, dan tidak mahu bekerjasama dengan Gagasan Rakyat.
GRS dipimpin oleh Hajiji Noor, yang juga presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah.
Sementara itu, presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dilapor berkata partinya sedia bekerjasama dengan mana-mana parti tempatan.
“Jika kita ingin berpegang kepada slogan ‘Rumah Kita, Kita Jaga’ maka kita kena konsisten untuk bekerjasama dengan semua,” kata Jeffrey Kitingan.