Mangsa banjir di Johor turun kepada 855

Mangsa banjir di Johor turun kepada 855

Jumlah mangsa banjir di Kluang paling ramai, iaitu 415 orang daripada 128 keluarga di tiga PPS.

pps
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 249 keluarga masih ditempatkan di 10 PPS di empat daerah setakat 11.24 pagi ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jumlah mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 855 orang berbanding 1,092 orang malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 249 keluarga masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kluang, Pontian, Johor Bahru dan Kota Tinggi setakat 11.24 pagi ini.

Jumlah mangsa banjir di Kluang paling ramai, iaitu 415 orang daripada 128 keluarga di tiga PPS, diikuti Pontian 359 orang (99 keluarga) di lima PPS, Johor Bahru 53 orang (16 keluarga) di sebuah PPS dan Kota Tinggi 28 orang (6 keluarga) di sebuah PPS.

Keadaan di Pahang, Terengganu, Perak dan Sarawak tidak berubah.

Di Pahang, PPS Balai Raya Kampung Jawa di Rompin masih aktif dengan menempatkan 186 mangsa banjir daripada 43 keluarga.

Di Terengganu, PPS Balai Raya Bandar Paka di Dungun menempatkan 16 orang daripada lima keluarga.

Di Perak, 13 mangsa banjir daripada sembilan keluarga masih berlindung di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Manjung.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir kekal 20 orang membabitkan 13 keluarga di PPS di Dewan Kompleks Sukan Kanowit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.