
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) berkata keterukan langkah tarif AS itu “melebihi andaian kami yang paling konservatif”.
Bagaimanapun, kerajaan menolak dakwaan AS bahawa Malaysia mengenakan tarif 34% ke atas import barangan AS, katanya.
Kementerian berkata impak tarif AS, yang berkuat kuasa pada 9 April, akan lebih jelas apabila ia peroleh lebih banyak maklumat mengenai pelaksanaan, kadar, liputan produk dan hasil rundingan perdagangan.
“Kepantasan dan skala tindakan balas oleh ekonomi lain juga akan mempengaruhi akibatnya,” menurut kenyataan.
Kementerian berkata Malaysia yakin apa yang digelar ‘tarif timbal balik’ yang diumumkan oleh AS itu “tidak memenuhi prinsip perdagangan bebas dan adil yang ditetapkan Pertubuhan Perdagangan Dunia”.
Ia juga berkata Putrajaya akan terus mengadakan libat urus dengan AS untuk mencari penyelesaian yang adil secara damai.
Semalam, Kementerian berkata kerajaan tidak mempertimbangkan tindakan balas selepas Presiden Donald Trump mengumumkan tarif asas 10% ke atas semua eksport ke AS, dengan levi yang lebih tinggi ke atas barangan dari kira-kira 60 negara.