SkateJamz 2025 tawar hadiah lebih RM3,000

SkateJamz 2025 tawar hadiah lebih RM3,000

Program berlangsung di Skatepark Bukit Kiara bertujuan memupuk budaya sukan alternatif yang sihat serta melahirkan bakat baharu dalam arena papan selaju.

Pemenang dalam program SkateJamz 2025 bersama dengan hadiah dimenangi bagi pelbagai kategori. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ganjaran dalam bentuk wang tunai dan hadiah bernilai lebih RM3,000 ditawarkan dalam program SkateJamz 2025 di Skatepark Bukit Kiara, baru-baru ini.

Pemenang bagi kategori advanced best run menerima wang tunai RM1,000, baucar Stoned&co, papan selaju THVS dan topi eksklusif manakala pemenang rookie bivision membawa pulang wang tunai
RM500, papan selaju Naisekl, bandana Stoned&co serta kasut papan selaju dari Makerz.

Kategori best trick pula menyaksikan pemenang utama menerima RM800 wang tunai, kasut Makerz serta papan selaju eksklusif, selain acara cash for Tricks menawarkan habuan RM500 bagi peserta berjaya melakukan aksi ditetapkan juri.

Timbalan Pengarah Projek Nazatul Akmal Mohd Yusoff berkata SkateJamz yang bertujuan memupuk budaya sukan alternatif yang sihat serta melahirkan bakat baharu dalam arena papan selaju telah disertai peluncur profesional dan amatur.

“SkateJamz dengan slogannya “Ride The Thrill, Feel The Jamz” bukan sekadar pertandingan, tetapi sebuah platform memperkasakan belia, memperluas jaringan komuniti dan mempromosikan gaya hidup aktif serta sihat melalui sukan ekstrem,” katanya.

Program itu dianjurkan pelajar semester tujuh dan lapan Bachelor of Communication in Corporate Communication, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

Acara itu turut mendapat kerjasama erat daripada pelbagai penaja termasuk Stoned&co, Xocsks.co, Makerz, Naise KL, BRGF, Rizow, Thieves Skateboards, WhoCares, Sota, Calisto, Myangkasa Optikal dan MRM Smart Global Engineering.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.