
Ketua Polis Perak Noor Hisam Nordin berkata, suspek pertama berusia 37 tahun ditahan di sebuah hospital swasta manakala suspek kedua berusia 26 tahun ditahan di kawasan perumahan di Chemor pada Sabtu lepas, lapor Bernama.
Noor Hisam berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek mengenali antara satu sama lain melalui media sosial sejak Ogos tahun lepas.
Katanya, mereka mendapat arahan untuk melakukan khianat itu daripada seorang ejen dari negara jiran melalui media sosial sejak bulan lepas.
“Setiap kes yang dibuat terhadap mangsa, mereka akan dapat upah sebanyak SGD300 (RM997) daripada sindiket itu,” katanya.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah Proton Iswara, tiga buah telefon bimbit serta pelbagai barangan lain.
Kedua-dua suspek direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.