Rafizi muncul di Sidang Kemuncak Asean

Rafizi muncul di Sidang Kemuncak Asean

Kehadiran Rafizi Ramli tarik perhatian susulan spekulasi mengenai masa depannya dalam Kabinet selepas tewas pemilihan timbalan presiden PKR.

rafizi ramli
Pada 10 Mei lalu, Rafizi Ramli nyata kesediaan letak jawatan menteri jika gagal mengekalkan jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan.
KUALA LUMPUR:
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli muncul pada hari kedua Sidang Kemuncak Asean ke-46 dan persidangan berkaitan.

Beliau menghadiri Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) ke-16 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula 8 pagi.

Beliau menyertai Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Mohamad Hasan pada mesyuarat peringkat tinggi itu, yang turut menyaksikan kehadiran pemimpin serantau termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto.

Rafizi dilihat bersalaman dengan Anwar dan perwakilan Asean lain sebaik tiba.

Kehadirannya menarik perhatian susulan spekulasi mengenai masa depannya dalam Jemaah Menteri, selepas tewas pemilihan jawatan timbalan presiden PKR, Jumaat lalu.

Pada 10 Mei lalu, Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau sedia meletak jawatan dalam Kabinet jika gagal mempertahankan kedudukan dimenangi pada pemilihan 2022.

Rafizi yang mendapat 3,866 undi tewas kepada Nurul Izzah Anwar yang memperoleh 9,803 undi

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.