
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata sejak 2023 hingga tahun ini, kerajaan meluluskan 1,500 jawatan tetap tambahan bagi menyerap doktor kontrak ke jawatan tetap.
“(Ini) termasuk pengisian tahunan, sejumlah 12,900 doktor kontrak telah diserap ke jawatan tetap,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat sambil menambah 935 graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan akan ditawarkan jawatan tetap tahun depan.
Beliau berkata, elaun tugas atas panggilan (Etap) yang tidak dikaji sejak 2011 dinaikkan sekitar 40% berkuat kuasa 1 Okt lalu dengan peruntukan tambahan RM120 juta setahun.
“Umpamanya, doktor pakar yang diarah bertugas atas panggilan aktif pada hari cuti, kadar Etap ditingkatkan kepada RM350 berbanding RM250.”
Menurutnya, kerajaan turut bersetuju menetapkan semula kadar fi perundingan antara RM10 hingga RM80 berbanding RM10 sehingga RM35 sebelum ini.