50 ekar tanah rizab Melayu ditambah di Bandar Malaysia

50 ekar tanah rizab Melayu ditambah di Bandar Malaysia

Langkah ini tunjuk keseriusan kerajaan pelihara tanah rizab Melayu, kata perdana menteri.

bandar malaysia
Petronas selaku pemilik tanah Bandar Malaysia akan mulakan fasa pembangunan menjelang akhir 2026, kata perdana menteri. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Tanah rizab Melayu akan ditambah 50 ekar di Bandar Malaysia bawah Belanjawan 2026, umum Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, langkah itu menunjukkan keseriusan kerajaan dalam memelihara tanah rizab Melayu.

“Kerajaan mengambil langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini dengan menambah tanah rizab Melayu seluas 50 ekar di Bandar Malaysia,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.

“Petronas selaku pemilik tanah Bandar Malaysia sedang merencana pelan pembangunan dan akan memulakan fasa pembangunan menjelang akhir 2026.”

Sementara itu, dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera, kerajaan menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) akan memberi fokus kepada aspek pembiayaan, pembangunan bakat dan pemilikan strategik agar lebih ramai usahawan Bumiputera dapat melonjak ke sektor bernilai tinggi.

Anwar turut mengumumkan peruntukan RM40 juta bagi mempercepat proses peningkatan skala syarikat Bumiputera berpotensi tinggi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.