
Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Johari Ghani berkata syarikat berkenaan juga perlu bekerjasama dengan kerajaan negeri mempunyai simpanan REE kerana pembangunannya menjadi tanggungjawab bersama kerajaan persekutuan dan negeri.
“Jika ada syarikat mahu menjalankan operasi perlombongan di sini, kerajaan negeri perlu menentukan lokasi yang sesuai terlebih dahulu. Mereka tidak boleh menjalankan operasi sesuka hati,” katanya.
“Jika kawasan itu di luar hutan simpan kekal, kita perlu menilai dahulu jumlah deposit. Jika simpanannya besar, adakah kilang boleh dibina?
“Syarikat juga perlu menjelaskan berapa banyak hasil cukai yang akan diterima kerajaan negeri, berapa jumlah pekerjaan yang akan diwujudkan, dan cukai korporat yang akan dibayar. Semua proses ini wajib dilalui.”
Johari menjawab soalan tambahan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) yang bertanya sama ada perjanjian perdagangan timbal balik antara Malaysia dan AS boleh membuka ruang kepada pihak asing mengeksploitasi sumber mineral negara, seperti penjajah British yang mengaut hasil bijih timah di Perak suatu ketika dahulu.
BERITA LANJUT MENYUSUL