
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam, bagi tujuan pertuduhan selepas mendapat izin mendakwa kes melibatkan usahasama ternakan lembu milik kerajaan Kedah.
Sumber berkata, siasatan dijalankan sejak Februari lalu melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.
“Kertas siasatan dibuka susulan aduan diterima pada 10 Feb 2025 dan siasatan dijalankan. Seramai 15 orang saksi telah dirakam percakapan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan.
Beliau memaklumkan, individu tersebut dirakam percakapan bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 dan dilepaskan dengan jaminan.