Muzium Negara masuk percuma sempena 3 tahun kerajaan Madani

Muzium Negara masuk percuma sempena 3 tahun kerajaan Madani

Kemasukan ke Muzium Negara adalah percuma kepada warganegara, pada 6 dan 7 Dis dari 9 pagi hingga 5 petang.

Muzium Negara
Muzium Negara menyediakan empat galeri memaparkan perjalanan sejarah Malaysia sempena tiga tahun pentadbiran kerajaan Madani.
PETALING JAYA:
Kementerian Perpaduan Negara mengumumkan kemasukan percuma ke Muzium Negara sempena tiga tahun pentadbiran kerajaan Madani dan sambutan Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku.

Inisiatif ini bertujuan menggalakkan masyarakat, khususnya golongan muda dan keluarga, untuk mendekati sejarah tanah air serta menghargai warisan yang membentuk identiti negara.

Kemasukan ke Muzium Negara adalah percuma kepada warganegara, pada 6 dan 7 Dis dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Menteri Aaron Ago Dagang berharap akses percuma ini memberi peluang lebih luas kepada masyarakat untuk menyelami akar sejarah negara.

“Pemahaman sejarah adalah asas penting dalam memupuk perpaduan, memperkukuh nilai kebangsaan dan mempertingkat rasa kebersamaan sebagai rakyat Malaysia,” katanya, mengulas inisiatif Jabatan Muzium Malaysia ini.

Empat galeri utama menanti pengunjung, memaparkan keseluruhan perjalanan sejarah Malaysia merangkumi era prasejarah, kesultanan Melayu, penjajahan, dan pembangunan negara moden.

Maklumat lanjut mengenai galeri dan pameran boleh didapati di laman rasmi Muzium Negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.