8 kereta, rumah terbakar selepas bengkel dipanah petir

8 kereta, rumah terbakar selepas bengkel dipanah petir

Polis berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

ribut petir
Lapan kereta dan sebuah rumah dijilat api dipercayai akibat sebuah bengkel mengecat kereta terkena panahan petir petang semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Lapan kereta dan sebuah rumah bersebelahan sebuah bengkel mengecat kereta di Sungai Sedu, Banting, terbakar dipercayai akibat panahan petir kira-kira 5 petang semalam.

Ketua Polis Kuala Langat, Mohd Akmalrizal Radzi, berkata kebakaran itu disedari orang awam yang memaklumkan pihak berkuasa, dengan pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira 5.20 petang Ahad.

“Keadaan berjaya dikawal sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Api dipadamkan lebih kurang 7.20 malam,” katanya menurut Bernama malam tadi.

Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat sudah memeriksa lokasi kejadian bagi memastikan keadaan terkawal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.