
Jessie adalah saksi inkues kematian Zara Qairina Mahathir. Pelajar tingkatan satu itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi, sehari sebelumnya.
Hakim Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Kamul Kamarudin, 61, selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah.
Kamul mengaku menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook ‘Amung Kamaruddin’ dengan membuat ancaman: “Mau intai bah ni Dr di mana dia tinggal…bila dia kerja…upah bah…pemandu langgar lari”.
Hantaran itu dibuat dengan niat mengganggu orang lain yang mana penghantaran komunikasi tersebut telah dibaca Jessie pada 5 Sept, sekitar 4.15 petang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lovely Natasha Charles dan Eugenie Meredith Gilbert.
Teruduh pula diwakili peguam Rizwandean M Borhan dan Elhanan James.