
Pengaplikasian elemen itu diperkenalkan menerusi penyertaannya sempena Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025 anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) dan JKR Malaysia di Persada Johor International Convention Centre baru-baru ini.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulannya, Syafiq Abdullah, penambahbaikan berterusan menjadi teras kepada strategi syarikat terbabit dalam menyediakan perkhidmatan terbaik sekali gus mengukuhkan keupayaannya menembusi pasaran yang semakin kompetitif.
Katanya, ia penting bagi syarikat untuk sentiasa berada di hadapan apabila dunia digital yang dipacu automasi, robotik dan kecerdasan buatan (AI), teknologi sentiasa berkembang pesat.
“Sebagai pemain industri, kita sentiasa perlu berada di hadapan dan bersikap proaktif mengambil pendekatan yang menggabungkan transformasi teknologi dengan kecekapan operasi bagi memberikan nilai tambah yang luar biasa kepada pelanggan.
“Justeru, penyertaan syarikat di HPTN 2025 adalah bukti komitmen dan peranan signifikan yang dimainkan dalam memacu industri FM dan pembinaan ke arah ekosistem yang lebih pintar, mampan dan berdaya saing”, katanya dalam kenyataan.
Sempena acara itu, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi, Timbalannya Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Kerja Raya Azman Ibrahim sempa meluangkan masa melawat reruai VFive Group.
VFive Group turut memperkenalkan sistem Smart FM iaitu satu model pengurusan berteraskan digital, analitik dan integrasi data yang dirangka untuk mentransformasikan kecekapan operasi.
Melalui pendekatan itu, setiap aduan daripada pelanggan dipantau dan seterusnya diintegrasikan secara proses automasi bagi memastikan tindakan penyelenggaraan melibatkan aset, utiliti, sisa buangan dan sebagainya ditangani dengan pantas dan efisien.
Keberkesanan model tersebut dapat dilihat menerusi projek semasa termasuk pengurusan fasiliti di Bangunan Sultan Iskandar serta kuarters kerajaan di Putrajaya.
Syafiq berkata pihaknya berhasrat memperluas penglibatan dalam projek pengurusan fasiliti dan pembinaan berskala besar bukan sahaja di dalam negara tetapi di pasaran global terutamanya rantau Asia dan Timur Tengah.
“Untuk kekal berdaya saing dalam era digital dan teknologi baharu, kita akan terus melihat ke hadapan dan menerokai pendekatan terkini terkini yang boleh diaplikasikan bagi memberikan nilai tambah yang luar biasa kepada pelanggan,” katanya.