Waspada taktik penipuan eksploitasi suara

Waspada taktik penipuan eksploitasi suara

Orang ramai digalakkan tidak menyebut maklumat peribadi ketika menerima panggilan mencurigakan.

scammer
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Rusdi Mohd Isa berkata panggilan atau mesej meragukan hendaklah segera dihentikan dan dilaporkan kepada polis.
KUALA LUMPUR:
Polis menasihatkan orang ramai berwaspada terhadap panggilan tidak dikenali yang mematikan talian secara tiba-tiba atau tidak mengeluarkan sebarang suara kerana tindakan itu berpotensi digunakan bagi tujuan eksploitasi suara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Rusdi Mohd Isa, berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan berkaitan dakwaan mangsa menerima panggilan kosong, dirakam suaranya dan suara itu digunakan melalui aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi menipu kenalan mereka.

“Bagaimanapun, orang ramai perlu mengambil langkah berhati-hati dan digalakkan untuk tidak menyebut maklumat peribadi ketika menerima panggilan mencurigakan serta membuat pengesahan dengan talian rasmi sekiranya menerima panggilan yang mendakwa melibatkan pihak berkuasa atau institusi kewangan.

“Sebarang panggilan atau mesej meragukan hendaklah segera dihentikan dan dilaporkan kepada polis,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkongsian Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur berkaitan taktik terbaru penipuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.