2 buruh paksa warga Indonesia diselamat

2 buruh paksa warga Indonesia diselamat

Mangsa dipercayai bekerja sebagai pembantu rumah tanpa dibayar gaji dan sering dipukul.

Ramsay Embol
Ketua Polis Shah Alam Ramsay Embol, berkata dua majikan mangsa yang merupakan wanita tempatan direman sehingga esok susulan serbuan di Kayangan Heights, Shah Alam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dua pembantu rumah warga Indonesia disyaki dijadikan buruh paksa diselamatkan dalam serbuan di Kayangan Heights, Shah Alam.

Ketua Polis Shah Alam Ramsay Embol, berkata serbuan dilakukan pada 2.30 petang, Khamis, dengan mangsa berusia 48 dan 33 tahun mendakwa telefon bimbit dirampas, dipaksa bekerja lebih masa, sering dipukul serta tidak dibayar gaji, sejak dua bulan lalu.

“Seorang daripada mereka bekerja untuk tempoh dua tahun dan seorang lagi sebulan,” katanya menurut Bernama.

Ramsay berkata, majikan mangsa yang merupakan wanita tempatan berusia dalam lingkungan 50 dan 30 tahun direman sehingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Mereka mempunyai maklumat kejadian menghubungi pegawai penyiasat kanan jenayah, Md Anuar bin Md Amilah@Harun, menerusi talian 019-2255597 untuk membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.