1 Feb diwarta cuti am Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan

1 Feb diwarta cuti am Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan

Kerana tarikh itu jatuh pada Ahad, majikan yang tetap Ahad sebagai hari rehat mingguan hendaklah beri cuti ganti pada Isnin.

THAIPUSAM NIGHT KAVADIS - BATU CAVES
Majikan yang pilih Hari Thaipusam sebagai sebahagian daripada baki enam hari kelepasan am perlu beri cuti ganti pada hari bekerja berikutnya, iaitu Selasa.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan mewartakan Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan sebagai hari kelepasan am bagi 2026, yang masing-masing jatuh pada 1 Feb.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia memaklumkan cuti Hari Wilayah Persekutuan merupakan cuti wajib yang perlu diberikan oleh majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta tidak boleh diganti selaras dengan peruntukan seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955.

“Memandangkan cuti Hari Wilayah Persekutuan pada 2026 jatuh pada Ahad, majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan hendaklah memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Isnin.

“Sementara itu, majikan yang memilih Hari Thaipusam sebagai sebahagian daripada baki enam hari kelepasan am pilihan di bawah Subseksyen 60D(1)(a) akta sama perlu memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Selasa, susulan pertindihan kedua-dua hari kelepasan am berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, majikan juga boleh memberikan mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti, tertakluk kepada persetujuan pekerja, selaras dengan Subseksyen 60D(1A) akta sama.

“Pekerja yang diarah bekerja pada hari kelepasan am layak menerima kadar gaji bagi cuti am seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 60D(3),” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.