
Ketua Polis Pontian, Hadzrat Hussien Mion Hussain, berkata rampasan membabitkan pelbagai jenis dadah termasuk 417 peket serbuk ekstasi seberat 5,968 gram berperisa jus bernilai RM125,100, serbuk MDMA seberat 1,819 gram bernilai RM303,773.
Katanya, turut dirampas pil ekstasi seberat 30.95 gram bernilai RM3,500, ketamin 24,86 gram bernilai RM4,972 dan ganja seberat 2,569.4 gram bernilai RM7,964 erimin 525.28 gram bernilai RM1,800.
“Nilai rampasan keseluruhan RM447,109 dan sitaan juga membabitkan dua buah kereta, beberapa barang kemas dan wang tunai yang disyaki hasil penjualan pelbagai jenis dadah membabitkan nilai RM112,736.85.
“Hasil ujian awal saringan air kencing semua suspek didapati positif dadah jenis ketamin,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.
Beliau berkata suspek direman tujuh hari hingga 7 Januari untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan.