PM dijangka buat beberapa pengumuman penting esok

PM dijangka buat beberapa pengumuman penting esok

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata ia melibatkan isu kritikal berkaitan ekonomi, pendidikan serta reformasi institusi.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting pada perhimpunan bulanan warga JPM.
MELAKA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting pada perhimpunan bulanan warga Jabatan Perdana Menteri bagi Januari dan amanat 2026, esok.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, berkata pengumuman itu membabitkan isu kritikal berkaitan ekonomi, pendidikan serta reformasi institusi.

“Esok Isnin, perdana menteri akan panggil mesyuarat khas Jemaah Menteri dengan beberapa isu terdesak akan dibincangkan.

“Selepas itu, pada 11.30 pagi, perdana menteri akan menyampaikan amanat tahun baharu (2026) bersama-sama dengan warga Jabatan Perdana Menteri,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen DAP Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata, perkara bakal diumumkan itu menunjukkan keseriusan Anwar dan pimpinan kerajaan Madani menangani isu serta masalah dihadapi rakyat ketika ini terutama dalam menangani iklim ekonomi mencabar.

Loke berkata, amanat berkenaan juga akan menggariskan hala tuju utama negara dan kerajaan sempena tahun baharu ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.