
Hakim Samry Masri membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Sheikh Hassan Sheikh Zainuddin, 61, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen sebelum ini.
Dia didakwa menggunakan kedudukannya untuk melantik Puncak Cahaya Azam Enterprise bagi pembelian dan penyediaan makanan antara Mac 2014 dan 3 Ogos 2015 dengan setiap kontrak bernilai RM1,075 hingga RM7,500.
Mengikut pertuduhan, kontrak itu membabitkan penganjuran program dan operasi anggota bomba di balai terbabit, meliputi penyediaan makanan untuk anggota terbabit operasi pembinaan semula rumah terbakar, memadam kebakaran hutan serta banjir.
Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, mana lebih tinggi.
Pada 16 Mac 2022, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan Sheikh Hassan menjalani hukuman itu serentak bermula tarikh sabitan, serta hukuman penjara ditambah 60 bulan lagi, jika gagal membayar denda.
Tetapi, mahkamah membenarkan permohonan Sheikh Hassan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara kerana tertuduh berhasrat mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi, namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM10,000.
Pada prosiding hari ini, Sheikh Hassan diwakili peguam G Ravishankar, manakala Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir mewakili pihak pendakwaan.