Bekas panglima tentera darat direman 7 hari berkait kes rasuah tender

Bekas panglima tentera darat direman 7 hari berkait kes rasuah tender

Seorang daripada isterinya pula direman enam hari manakala seorang lagi direman tiga hari selepas ditahan SPRM semalam.

Bekas panglima tentera darat direman tujuh hari bermula hari ini manakala dua isterinya masing-masing direman enam dan tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah berkait projek perolehan tender Tentera Darat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bekas panglima tentera darat direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berkait projek perolehan tender pasukan keselamatan itu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Seorang daripada isterinya pula direman enam hari manakala seorang lagi direman tiga hari selepas kedua-duanya turut ditahan SPRM, semalam.

Tiga individu terbabit dibawa ke mahkamah pagi tadi untuk proses permohonan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mereka sebelum itu tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya pada 10.02 pagi dengan menaiki dua kenderaan SPRM.

Semua mereka memakai baju tahanan jingga serta bergari, sebelum dibawa masuk ke pekarangan mahkamah.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan penahanan tiga individu berkenaan berkait projek perolehan tender Tentera Darat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.