
Saifuddin berkata, polis mempunyai kewajipan bertindak apabila sesuatu laporan dibuat, termasuk menilai aduan tersebut dan menjalankan siasatan awal.
“Apabila ada aduan, polis akan mempertimbangkan tindakan lanjut, itu proses pertama. Siasatan masih dijalankan…apabila dia diperlukan untuk melengkapkan siasatan, dia akan dipanggil pada bila-bila masa,” katanya dalam video dikongsi dalam Facebook.
Beliau berkata, kerajaan perpaduan menghormati kebebasan bersuara, namun menegaskan kebebasan itu datang dengan tanggungjawab.
Katanya, perkara tersebut tular dan menarik pelbagai reaksi masyarakat, di mana segelintir pihak berhujah tindakan polis menggugat kebebasan media, manakala pihak lain pula percaya Tan sudah melampaui batas.
Tan, 31, meletak jawatan daripada FMT pagi semalam, ditangkap di bawah Akta Hasutan sejurus selepas tengah malam tadi selepas hadir di IPD Dang Wangi.
Beliau dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi selepas kenyataannya dirakam. Telefon bimbit Tan turut dirampas bagi membantu siasatan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, menyatakan tiga laporan polis telah dibuat terhadap Tan.
Tan, 31 tahun, yang meletak jawatan daripada FMT pagi semalam, telah ditangkap di bawah Akta Hasutan sejurus selepas tengah malam tadi selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Beliau dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi selepas kenyataannya dirakam. Telefon bimbit Tan turut dirampas bagi membantu siasatan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, menyatakan bahawa sebanyak tiga laporan polis telah dibuat terhadap Tan.
Insiden berkenaan berpunca daripada soalan diajukan Tan dalam wacana awam mengenai Gaza, menampilkan ahli politik British, George Galloway, yang kemudiannya mencetuskan kecaman hebat dalam talian selepas dianggap mengandungi unsur perkauman.
Tan kemudiannya mengemukakan permohonan maaf secara terbuka, dengan menyatakan soalannya ‘dirangka dengan kurang tepat’, gagal mengambil kira kaitan dengan majlis tersebut, dan tidak mempertimbangkan sifat sensitif isu berkenaan secukupnya.
Timbalan Pengerusi Majlis Media Malaysia, Premesh Chandran, berkata Tan telah melakukan kesilapan namun menyifatkan penangkapannya sebagai melampau. Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) turut mengkritik penangkapan Tan, dengan menyatakan ia melanggar piawaian antarabangsa, iaitu perkadaran, keperluan, dan keabsahan.