
Ketua Pegawai Eksekutifnya Joyce Chong berkata pakej itu antara kelainan ditampilkan pihaknya tahun ini memandangkan permintaan tinggi diterima di kalangan syarikat, agensi kerajaan dan pertubuhan.
Menurutnya, pakej korporat itu ditawarkan untuk 120 orang pada harga RM15,000 yang meliputi jamuan eksklusif, tazkirah oleh ustaz jemputan, sumbangan tanggungjawab sosial korporat kepada madrasah serta hamper eksklusif untuk tetamu terpilih.
“Kita sediakan semua untuk memudahkan syarikat tanpa perlu bersusah payah menguruskan majlis.

“Kami hadkan 120 orang supaya pelanggan boleh berbuka puasa dalam suasana lebih tenang dan dekat,” katanya yang menjelaskan kira-kira 100 hidangan disediakan dalam pakej itu.
Menurutnya, harga ditawarkan itu agak berpatutan atau lebih murah berbanding restoran lain.
“Kami akan menyediakan masakan warisan nyonya dan moden yang pastinya memenuhi selera pelanggan,” katanya.
Beliau turut menjelaskan dapur berpusat yang menyediakan hidangan berbuka puasa itu telah memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Selain di Quill City Mall, ada 11 lagi Restoran Kakatoo di sekitar Lembah Klang yang menyediakan hidangan secara ala-carte pada Ramadan.
Hubungi 03-2202 8099 atau 012-693 9016 untuk pertanyaan dan tempahan.