Suri rumah buat repot palsu didenda RM1,500

Suri rumah buat repot palsu didenda RM1,500

G Kallivani berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

gavel
G Kallivani mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani di Kedah atas tuduhan membuat laporan palsu kepada polis pada Disember tahun lalu. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Seorang suri rumah didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuat laporan palsu kepada polis tahun lalu.

Tertuduh, G Kallivani, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri, lapor Sinar Harian.

Kallivani berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut tuduhan Kallivani didakwa memberikan maklumat bertulis dalam satu laporan polis kepada anggota bertugas sedangkan dia mengetahui maklumat berkenaan adalah palsu.

Kallivani didakwa melakukan kesalahan itu di IPD Kuala Muda kira-kira 9.50 malam pada 23 Dis tahun lalu.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md Noor manakala tertuduh diwakili peguam Ruzanna Abdul Rahim dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.