Anwar akan bentang usul kutuk serangan AS-Israel

Anwar akan bentang usul kutuk serangan AS-Israel

Perdana menteri akan bentang usul itu di Dewan Rakyat esok, selepas gesa serangan dihentikan segera dan kembali kepada dialog diplomatik.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan bersama AS-Israel cubaan melulu untuk mensabotaj rundingan Washington dan Tehran. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat esok mengutuk serangan Israel-Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, kata Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh susulan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.

Anwar yang juga presiden PKR mengutuk serangan bersama Israel-AS yang boleh mengheret Timur Tengah ke “ambang malapetaka”.

Beliau mengkritik Israel memulakan serangan itu dan menyifatkannya cubaan melulu untuk mensabotaj rundingan Washington dan Tehran, dengan membabitkan negara lain dalam konflik yang boleh menjadi tidak terkawal.

“Amat penting untuk menghentikan permusuhan serta-merta dan tanpa syarat,” katanya sambil menyeru AS dan Iran kembali ke dialog diplomatik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.