
TNG Digital, antara pengendali e-dompet paling popular di Malaysia, berkata ia akan menjadi majikan swasta pertama di Malayaisa yang melaksanakan inisiatif sedemikian, yang menurutnya dapat mengurangkan pendedahan pekerja kepada kesan turun naik harga bahan api.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata tiada kuota tetap ditetapkan di bawah inisiatif berkenaan, yang akan terpakai kepada semua pekerja di semua anak syarikatnya, termasuk kakitangan kontrak dan pelatih industri.
TNG Digital menambah skim itu akan diintegrasikan ke dalam aplikasi e-dompet Touch ‘n Go melalui ciri BUDI95.
“Tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat bukan sekadar membangunkan produk untuk jutaan rakyat Malaysia. Ia turut merangkumi menjaga kebajikan mereka yang membangunkan produk tersebut setiap hari,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni.
Kerajaan akan mengurangkan kuota bulanan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter bermula esok susulan kesan konflik di Asia Barat.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata langkah itu bersifat sementara, namun penggunaan purata di bawah BUDI95 hanyalah sekitar 100 liter sebulan.
Menerusi skim BUDI95, petrol RON95 terus dijual pada harga RM1.99 seliter kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu sah. Harga tanpa subsidi ketika ini hampir dua kali ganda, iaitu RM3.87 seliter.