
Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berkata butiran pakej tersebut akan diumumkan selepas mesyuarat Kabinet negeri minggu depan, sambil menambah bahawa ia akan melibatkan ‘peruntukan yang besar’.
“Terdapat lebih banyak bantuan yang akan diberikan pada minggu hadapan. Disebabkan situasi semasa dan kos sara hidup, saya akan mengumumkan butirannya minggu depan selepas mesyuarat Kabinet kerana ia memerlukan peruntukan yang besar.
“Namun Alhamdulillah, kita mampu melaksanakannya dengan dana yang kita ada ketika ini,” katanya menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas).
Perkara itu susulan kesan ekonomi daripada konflik Asia Barat yang melibatkan Iran, Israel dan Amerika Syarikat, yang telah menyebabkan lonjakan harga minyak.
Terdapat beberapa gesaan supaya kerajaan persekutuan mengumumkan pakej rangsangan sebagai tindak balas terhadap krisis tenaga dan kesannya yang lebih luas, namun Bank Negara Malaysia berkata tiada keperluan segera untuk berbuat demikian ketika ini.