Malaysia masih ada ruang fiskal bantu industri susulan konflik Iran, kata Tengku Zafrul

Malaysia masih ada ruang fiskal bantu industri susulan konflik Iran, kata Tengku Zafrul

Pengerusi Mida Tengku Zafrul Aziz berkata penjimatan daripada pengurangan subsidi bahan api sebelum konflik berlaku telah membantu mengurangkan kesan dirasai sekarang.

Tengku Zafrul Aziz
Tengku Zafrul Aziz berkata Malaysia memasuki krisis dengan asas ekonomi yang kukuh. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Malaysia masih mempunyai kemampuan kewangan membantu industri yang terkesan akibat konflik Iran, menurut Tengku Zafrul Aziz.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) itu kerajaan sedang bersiap sedia untuk memastikan industri terjejas mendapat sokongan diperlukan.

“Kami sedang membuat persediaan supaya kerajaan dapat membantu sebahagian industri ini,” katanya dalam temu bual bersama Bloomberg TV.

“Kita masih mempunyai ruang dari segi kewangan.”

Menurut beliau, Malaysia memasuki krisis ini dengan keadaan ekonomi yang stabil dan kukuh.

Selain itu, langkah mengurangkan subsidi bahan api sebelum konflik Timur Tengah berlaku turut membantu mengurangkan tekanan ekonomi.

Namun begitu, jika perang berlarutan dan gangguan bekalan tenaga berterusan, ia boleh memberi kesan negatif kepada kedudukan kewangan negara.

Kerajaan kini berdepan cabaran untuk mengawal kenaikan kos sara hidup serta peningkatan beban subsidi akibat harga minyak yang lebih tinggi.

Subsidi bulanan untuk petrol dan diesel kini meningkat kepada RM6 bilion, berbanding hanya RM700 juta sebelum konflik tercetus.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.