Ryt Bank lepasi 1.2 juta pengguna selepas 7 bulan dilancar

Ryt Bank lepasi 1.2 juta pengguna selepas 7 bulan dilancar

Jumlah transaksi meningkat lebih 35 kali ganda sejak pelancaran dengan puluhan ribu pengguna melakukan transaksi harian termasuk pembayaran, pindahan wang dan perbelanjaan harian.

RYT Bank Interview
Ryt Bank berkata hampir separuh penggunanya menggunakan Ryt AI iaitu ciri dibangunkan menggunakan Ilmu, model AI berdaulat Malaysia.
PETALING JAYA:
Ryt Bank melepasi 1.2 juta pengguna dalam tempoh tujuh bulan sejak dilancarkan pada Ogos 2025, sekali gus meletakkannya antara bank digital paling pesat berkembang di Malaysia.

Bank itu berkata, pertumbuhan pesat berkenaan mencerminkan keyakinan pelanggan serta penerimaan kukuh terhadap perkhidmatan perbankan lebih mudah dan fleksibel.

Katanya, jumlah transaksi meningkat lebih 35 kali ganda sejak pelancaran, dengan puluhan ribu pengguna melakukan transaksi harian termasuk pembayaran, pindahan wang dan perbelanjaan harian.

Pembayaran bil pula meningkat lebih 10 kali ganda dalam beberapa bulan kebelakangan ini, manakala penggunaan Ryt Card terus berkembang bagi urusan membeli-belah, makan di luar dan pembelian barangan runcit.

Ryt Bank berkata, hampir separuh penggunanya sudah menggunakan Ryt AI, iaitu ciri dibangunkan menggunakan Ilmu, model AI berdaulat Malaysia, untuk memudahkan urusan seperti pindahan wang dan pembayaran bil.

Ketua Pegawai Eksekutif interimnya, Wilson Soon, berkata perkembangan itu menunjukkan rakyat Malaysia semakin menerima pendekatan perbankan yang lebih ringkas dan intuitif.

“Kami kekal memberi tumpuan kepada keutamaan nasional yang lebih luas berkaitan keterangkuman kewangan, dengan menjadikan alat perbankan harian lebih mudah diakses untuk semua rakyat Malaysia.

“Khususnya mereka yang kurang mendapat perkhidmatan daripada perbankan tradisional,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.