Polis siasat video tular dipercayai AI cemar imej pasukan

Polis siasat video tular dipercayai AI cemar imej pasukan

Video papar dua anggota polis lelaki iring, pegang tangan wanita dipercayai bergari di belakang, di depan bangunan didakwa Balai Polis Merlimau.

lee robert
Ketua Polis Jasin Lee Robert berkata, siasatan dimulakan susulan laporan daripada seorang pegawai yang bertugas di balai polis terbabit dalam video tular di TikTok itu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis membuka kertas siasatan berhubung satu video tular di TikTok dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang berpotensi mencemarkan imej pasukan itu.

Ketua Polis Jasin Lee Robert berkata, video itu memaparkan dua anggota polis lelaki mengiringi serta memegang tangan seorang wanita dipercayai bergari di belakang, di hadapan sebuah bangunan tertera tulisan Balai Polis Merlimau.

Menurutnya, siasatan dijalankan susulan laporan daripada seorang pegawai polis di balai polis terbabit, yang dibuat kira-kira 1.04 tengah hari tadi selepas melihat video itu.

“Siasatan awal mendapati video itu dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi AI sebelum dimuat naik,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata, laporan dibuat kerana kandungan itu berpotensi mencemarkan imej polis serta balai polis terbabit.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.