Tak benar sebahagian Pulau Sebatik milik Indonesia, kata duta besar

Tak benar sebahagian Pulau Sebatik milik Indonesia, kata duta besar

Duta Besar Indonesia ke Malaysia Raden Mohammad Iman Hascarya Kusumo kawasan 127.3 hektar itu masih berstatus 'kawasan kelabu'.

Iman Hascarya Kusumo
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Raden Mohammad Iman Hascarya Kusumo nafi laporan media negaranya mengenai sebahagian Pulau Sebatik di Sabah kini milik republik berkenaan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Raden Mohammad Iman Hascarya Kusumo berkata laporan media dari republik itu yang mendakwa sebahagian Pulau Sebatik di Sabah kini milik negara itu sebagai tidak benar.

Iman berkata, kawasan 127.3 hektar itu sebenarnya masih berstatus ‘kawasan kelabu’ dengan perbincangan bagi menetapkan status sebenar pulau itu belum diputuskan.

“Saya mahu menegaskan (Pulau Sebatik) bukan di bawah kuasa Indonesia, ia masih ‘grey area’. Perbincangan mengenai statusnya masih berjalan di peringkat tinggi.

“Berita dari Indonesia tidak betul. Tolong jelaskan berita itu tidak betul,” katanya kepada Berita Harian.

Iman berkata, pihaknya perlu mendapatkan maklumat lebih sahih sama ada berita itu adalah laporan palsu atau individu terbabit silap menyatakan fakta berkenaan.

“Saya perlu periksa lagi berhubung sumbernya kerana banyak yang tidak jelas, namun apapun ia tidak benar,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Staf Presiden (KSP) Indonesia, M Qodari, memaklumkan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia, kini sah milik Indonesia.

Qodari dipetik berkata, perubahan itu adalah hasil diplomasi berhubung penyelesaian sempadan darat antara Indonesia dengan Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.