
Beliau berkata, sebaliknya mereka diberi ruang seluas-luasnya untuk melanjutkan pengajian mengikut minat serta kelayakan masing-masing, lapor Bernama.
Katanya, sejumlah 100,000 pelajar lepasan SPM dan 75,000 pelajar STPM tahun ini berpeluang melanjutkan pengajian bukan sahaja di universiti malah dalam bidang kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Kita tidak ada sasaran tertentu kerana kita memberikan ruang seluas-luasnya kepada mereka… kita pastikan mereka yang mempunyai kelulusan ini diagihkan mengikut kelayakan… asalkan mereka berminat untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.
Beliau dipetik sebagai berkata di Program Jom Masuk Universiti Zon Sabah II di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, hari ini.
Zambry juga berkata pelajar boleh memilih sama ada menyambung pelajaran di peringkat sijil, diploma atau ijazah sesuai dengan minat dan keperluan industri semasa.