
Beliau berkata, perkembangan tersebut mencerminkan landskap politik negeri itu yang terus kekal dinamik.
“Saya fikir orang akan datang dan pergi, tetapi buat masa ini sudah ada permohonan baharu daripada parti politik yang lain.
“Tetapi, biarlah Pengerusi GRS (Hajiji Noor) yang umumkan bila masa sesuai,” katanya menurut Bernama ketika menghadiri Malam Gala anjuran Dewan Perniagaan Malaysia–China (MCCC) Cawangan Sabah, di Kota Kinabalu.
Justeru, Masidi yang juga timbalan ketua menteri II dan menteri kewangan Sabah, berkata keputusan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) untuk keluar GRS adalah sebahagian realiti politik yang sentiasa berubah dan sukar diramal.
“Maksudkan ialah politik ini sangat berubah-buhan dan dinamik. Kadang-kandang kita tidak dapat nak ramal apa yang akan berlaku selepas hari esok. Jadi, walaupun saya berharap mereka kekal bersama, kami tetap menghormati keputusan mereka untuk keluar daripada GRS. Saya fikir kita berpisah sebagai kawan dan bukan sebagai musuh, itu paling penting,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan GRS Joniston Bangkuai yang turut hadir, berkata beliau menghormati keputusan Usno dan menyifatkannya perkara biasa dalam politik.
“Kita juga faham alasan yang diberi adalah tidak lagi serasi. Bagi kita di GRS, kita akan terus menumpukan usaha menyatupadukan semua parti dan masyarakat di Sabah. Kita tidak akan hilang fokus,” katanya.
Rabu lalu, Presiden Usno Pandikar Amin Mulia mengesahkan partinya telah meninggalkan GRS semasa pertemuan dengan Hajiji.