
Pasukan itu dibarisi dua pelumba cilik berusia sembilan tahun, Uwais Abdulmuiz dan Kidden Khoo, yang bakal beraksi dalam kejohanan bermula 17 Mei ini.
Kejuaraan MotoKidz RCB akan menampilkan 16 pelumba cilik berusia dari 6 hingga 9 tahun, sebagai kelas sokongan kepada perlumbaan FIM MotoMini Malaysia.
Pengurus Pembangunan Perniagaan Liqui Moly Malaysia Charlie Tan berkata sokongan itu bertujuan membantu pelumba muda mendapat pendedahan awal, termasuk dari segi kewangan dan latihan.
“Kita ingin lihat sukan permotoran di Malaysia dibarisi bakat muda yang boleh diketengahkan ke tahap lebih tinggi,” katanya.
Ketua Pasukan Teguh Motor77Hub Racing Team Abdulmuiz Mohd SabrI berkata pembabitan syarikat swasta amat penting bagi memastikan bakat pelumba cilik tidak terhenti akibat kekangan kos.
Katanya, Malaysia memerlukan lebih ramai pelapis seperti Hakim Danish dan Qabil Irfan, dengan pembangunan bakat perlu bermula sejak usia muda.