1 lagi mayat mangsa bot karam ditemui, 4 masih hilang

1 lagi mayat mangsa bot karam ditemui, 4 masih hilang

Mayat lelaki itu ditemukan nelayan malam semalam pada kedudukan 3.6 batu nautika timur laut dari lokasi kejadian.

bot karam
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Perak berkata jumlah mangsa bot karam yang membawa warga Indonesia di perairan Pulau Pangkor setakat ini adalah 10 orang. (Gambar APMM)
IPOH:
Satu lagi mayat mangsa bot membawa warga Indonesia karam di perairan Pulau Pangkor ditemukan malam tadi, menjadikan jumlah mangsa maut setakat ini 10 orang.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan mayat lelaki itu ditemukan nelayan pada 7.40 malam pada kedudukan 3.6 batu nautika timur laut dari lokasi kejadian.

“Mayat dipindahkan ke aset Pasukan Polis Marin (PPM) PSC 16 dari vesel nelayan tempatan dan dibawa ke Jeti PPM Kampung Acheh pada 9.35 malam untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

APMM memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari kelima diteruskan pada 7 pagi tadi bagi mencari empat lagi mangsa hilang.

Dalam kejadian 11 Mei, sebuah bot dipercayai membawa 37 pendatang tanpa izin Indonesia dilaporkan karam kira-kira 8.2 batu nautika dari Pulau Pangkor ketika dalam perjalanan menuju beberapa destinasi di Malaysia.

Setakat ini, 23 mangsa berjaya diselamatkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.