Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 27 Mei

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 27 Mei

1 Zulhijah 1447H diisytihar jatuh pada esok, justeru Aidiladha pada 10 Zulhijah ditetapkan 27 Mei.

Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan cerap anak bulan Zulhijjah pada Majlis Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1447H/2026M untuk tetap tarikh Aidiladha di Menara Kuala Lumpur hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 27 Mei ini, menurut Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Muhammad Affendi Jalaludin.

Menerusi pengumuman yang disiarkan RTM malam ini, beliau turut mengisytiharkan 1 Zulhijah 1447H jatuh pada esok (Isnin).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1447H ialah pada 18 Mei 2026 Masihi.

“Oleh yang demikian, Aidiladha pada 10 Zulhijah bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Rabu, 27 Mei 2026 Masihi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.