
Amin Abdul Mem menuruti langkah bekas timbalan ketua Wanita PKR Sabah, Artini Ali Taugan, dua hari lalu; dan bekas ketua PKR Tuaran, Razeef Rakimin, pada Isnin.
Dalam kenyataannya, Amin turut menyentuh mengenai pemergian bekas timbalan presiden Rafizi Ramli daripada parti, Parti Bersama Malaysia yang diambil alih.
“Terima kasih kepada rakan-rakan reformis yang sempat saya santuni, terutama mereka yang pernah terlibat dalam mengatur kedudukan saya dalam hierarki kepimpinan parti.
“Teman-teman seperjuangan majlis pimpinan negeri, mari kita hormati pendirian masing-masing dan menjaga silaturrahim sekukuhnya. Maaf saya mana yang kurang,” katanya.
Amin melepaskan jawatan ketua PKR Semporna dengan pengisytiharan ini.