Namun begitu, kegiatan pembuangan sampah sehingga menjejaskan keselamatan dan kesihatan Orang Asal Sungai Melut tetap berleluasa.
Semakan menerusi Buletin Sepang di Pejabat Agama dan Daerah Sepang (rujukan bilangan 2/2015) pada muka surat lapan jelas memaparkan lawatan ke pusat pelupusan sampah itu pernah dibuat pada 19 Mac 2015.
Lawatan itu pernah dibuat susulan aduan sampah haram di Sungai Melut dan disertai Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Selangor dan daerah Sepang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, MPS dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Berdasarkan laporan buletin berkenaan, keputusan dibuat bersama penduduk tempatan dan agensi kerajaan bagi menyelesaikan masalah itu.
Sementara itu, Seksyen 128 Kanun Tanah Negara (KTN) menyatakan, notis pemulihan boleh dikeluarkan kepada pemilik tanah sekiranya didapati sampah haram itu dibuang di tanah persendirian.
Sekiranya, tiada tindakan dilakukan, maka rampasan atau pelucutan hak tanah boleh dilakukan Pejabat Tanah mengikut Seksyen 130 KTN.
Sementara itu, aktivis masyarakat, Mohd Azlan Mohd Sharif berkata, pihak berkuasa termasuk polis perlu menyiasat dan mengambil tindakan segera.
Katanya, perkara berkenaan sudah membabitkan keselamatan dan nyawa penduduk Orang Asal Sungai Melut, selain isu perundangan.
“Lebih teruk, penjawat awam didakwa Orang Asal bahawa mereka turut diancam hanya kerana menjalankan tugas. Perkara ini jelas satu pelanggaran undang-undang,” katanya.
Video :
