Elak salah beli beg wanita

Elak salah beli beg wanita

Enam jenis beg tangan ini paling lazim digunakan wanita zaman sekarang.

0-handbag
fmt-ohsem-inside-article1Bergaduh kerana sebuah beg? Ya, boleh berlaku jika si suami yang kononnya mahu beri hadiah kejutan, tetapi membeli beg yang bukan pilihan isteri. Elakkan kekeliruan itu dengan memilih beg yang betul.

Untuk itu, FMT Ohsem senaraikan 6 jenis beg yang paling popular dalam kalangan wanita bagi rujukan si suami.

 

 

1. Tote

Tote ialah beg tangan jinjing untuk membawa dan menyimpan lebih banyak barang berbanding kebiasaan. Misalnya buku, kosmetik, gajet dan sebagainya. Tote beg menggunakan bahan tahan lasak seperti kanvas, nilon dan kain tahan berat. Beg ini bersaiz besar atau sederhana besar dengan pegangan pada bahagian atas. Ia menjadi pilihan wanita yang gemar menyimpan banyak barang termasuk profesional yang memerlukan ruang menyimpan pelbagai barangan seperti notepad atau ipad, telefon bimbit pintar bersaiz besar, peralatan menulis dan sebagainya.

1-tote
Gambar: Tote bag Coach

2. Satchel

Satchel ialah beg tangan bersaiz kecil dengan tali galas panjang. Masih boleh mengisi barangan tetapi dalam kuantiti atau saiz terhad. Lazimnya ia mempunyai rekaan kasual dengan 2 atau 1 tali di bahagian depan serta tali panjang untuk dijinjing. Satchel paling sesuai untuk bersiar-siar, membeli-belah dan kegunaan harian. Ia menjadi pilihan wanita yang tidak mahu membawa terlalu banyak barang dan beg besar.

Gambar: Michealkros satchel
Gambar: Michealkros satchel

3. Clutch

Clutch ialah tas tangan kecil dan mudah dibawa. Ia memiliki reka bentuk cantik dan mewah, ada yang dihiasi labuci untuk menyerlahkan keanggunannya. Lazimnya, ia tanpa tali, tetapi berzip atau mempunyai penutup menarik, boleh dijadikan sebahagian aksesori ke majlis rasmi atau keramaian.
Wanita memilih clutch dalam warna tertentu khususnya hitam dan putih atau keemasan untuk dipadankan gaun atau pakaian tradisional. Ia juga direka untuk kegunaan wanita bagi acara kasual dengan sedikit pembaharuan, misalnya tali berantai atau menggunakan tali kulit haiwan.

Gambar: Gucci clutch
Gambar: Gucci clutch

4. Crossbody atau Slingbag

Paling praktikal dan menjadi pilihan generasi muda. Crossbody atau slingbag juga dikenali sebagai beg silang. Ia mempunyai rekaan ringkas dan mudah, didatangkan dalam pelbagai warna untuk disesuaikan dengan pembawaan harian. Ia menggunakan bahan seperti kanvas dengan ruang penyimpanan sederhana tanpa banyak elemen remeh. Tali gantung yang boleh diubah suai kepanjangannya mengikut kehendak pengguna dan boleh digantung secara sisi atau silang. Ia menjadi pilihan gadis muda urban yang menggemari konsep kesederhanaan.

Gambar: Kate Spade crossbody
Gambar: Kate Spade crossbody

5. Hobo

Satu lagi beg praktikal dan diminati ramai, biasanya bersaiz sederhana besar dengan tali dan boleh digayakan dengan 2 cara, digantung pada bahu atau dipegang. Sama seperti tote, hobo boleh mengisi lebih banyak barang namun bukan pilihan formal. Ia seperti tote tetapi lebih sesuai untuk wanita lasak dan kegunaan aktiviti luar. Lazimnya digunakan wanita yang suka meneroka atau menjelajah dan menjadi pilihan beg tangan sewaktu melancong.

5-hobo
Gambar: Prada Hobo

6. Backpack

Backpack atau beg galas menjadi pilihan aktiviti luar, tetapi juga boleh digunakan untuk acara formal dengan mengambil kira bahan pembuatan beg. Bentuknya sama seperti beg sekolah yang digalas, namun ia lebih feminin dan bergaya. Bagi mereka yang tidak suka ‘memegang’ atau ‘menyandang’ beg di bahu, inilah pilihan paling sesuai. Ia mempunyai rekaan tersendiri sama ada bercorak atau kosong, menggunakan pelbagai bahan termasuk kulit. Juga digunakan untuk tujuan bersiar-siar, melancong atau menjelajah.

Gambar: Backpack Elle
Gambar: Backpack Elle

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.