
Kita semua tahu betapa mewahnya kehidupan seseorang yang berpelajaran dan memiliki pekerjaan yang terjamin. Bagaimana pula dengan ahli politik? Menteri? Perdana Menteri? Presiden?Rumah agam, lampu chandelier yang menghiasi ruang lobi, pengudaraan berhawa dingin, mesti macam hotel 5 bintang kan? Bilik dapur, bilik mandi, bilik tidur, hmm… macam boleh bayangkan “kemewahannya”.
Namun berbeza bagi Duterte yang diketahui umum sebagai presiden negara yang terkenal dengan ketegasannya memerangi dadah, beliau memilih hidup dalam kesederhanaan.

CNN Filipina melapor, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe teruja melawat rumah Duterte dalam lawatan 2 hari ke negara itu dan tergamam dengan persekitaran yang begitu “biasa”.
Shinzo, dengan bantuan penolong khasnya, Bong Go merakam beberapa gambar foto kediaman Duterte di kampung halamannya di Davao dan detik mereka bersama.

Rumah Duterte disifatkan sangat biasa, sama seperti rumah seorang rakyat biasa. Oh ya, rakyat biasa yang berkemampuanlah.
Duterte dikenali sebagai seorang pemimpin politik yang “low profile” di kampung halamannya dan rumahnya sering menjadi lokasi bergambar di kalangan rakyat atau pelancong.
Kediamannya dikelilingi rumah rakyat biasa dan jiran Duterte juga dikatakan sering teruja untuk melihat kelibat pemimpin itu.

Bagi mengelak rakyat dan pelawat kediamannya kecewa atau balik bertangan kosong, sebuah patung kadbod saiz sebenar (versi kurus sedikit) ditempatkan bagi orang ramai berswafoto dengan Duterte.
Duterte sebelum ini menjadi datuk bandar di wilayah kampung halamannya, Davao dan terus tinggal di rumah lamanya walaupun selepas bergelas Presiden Filipina.